Sup Hameed

Restoran Sup Hameed
Lepas habis keja kat Hotel Bayview Georghtown, aku ngan member pi pekena Sup Hameed. Jalan kaki ja, dekat. Sup ni orang kata famous. Orang memang ramai. Kedai dia kecil, tetapi dia buka beberapa gerai disepanjang jalan depan kedai dia. Gerai-gerai nie beroperasi waktu malam ja. Kalau datang siang cuma ada kedai sahaja. Malam sangat meriah.

Ada beberapa khemah ditepi jalan sederet dengan garai untuk menjamu selera. Kebanyakan yang datang order sup...nama gerai pun SUP.
Sup cicah roti banggali.
Sup nie memang best. Sup ini bukan seperti sup biasa. Sup ini lebih pekat dan lebih sedap bila di cicah roti benggali. Roti benggali kena order asing bukan datang dengan pakej sup. Berbagai jenis sup ada : Ayam, kambing, kaki kambing, burung puyuh, lembu, ekor lembu, urat lembu, lidah lembu, perut lembu, torpedo lembu.

Kepada yang tak berapa berkenan dengan sup atau nak rasa lain-lain makanan pula ada gerai-gerai lain yang menjual macam-macam seperti nasi kandar, mee, bihun , roti canai, air...macam-macam adaaa.

Lokasi : Jalan Penang ( Penang Street la tu... kalau malam tak akan sesat sebab tempat dia berniaga memang cerah dan ramai orang. Ia terletak dihadapan Hotel Malaysia)

Lokasi dalam Google map:

View Sup Hameed(M) Sdn Bhd in a larger map

No comments:

Post a Comment