Nak Jadi Cikgu Kena 7A

Dengan pengumuman ini diharap guru-guru masa hadapan dapat melahirkan insan-insan cemerlang bukan sahaja di dunia malah akhirat, tempat kekal abadi.

Diharap jangan pula selepas ini Malaysia kekurangan guru sebab kelayakan yang dipilh merupakan pati-pati gred terbaik yang dok kat atas sahaja. Bukan senang nak dapat pelajar 7A ramai-ramai dan nak jadi guru. Mak bapa sekarang jika anak dapat banyak A mulalah suruh jadi doktor, loyer, enjinier dan sebagainya.

Masalah juga jika guru-guru yang bijak pandai ini, asyik-asyik cuti sambung belajar atau melompat ke kerja dan jawatan lebih besar. Kasihan anak murid terabai.

Untuk pemilihan guru-guru diminta kementerian jangan melihat kepada pencapaian akademik sahaja, lihat juga kepada pencapaian kokurikulum. Biar guru ini ada berbagai kebolehan, mengajar matapelajaran wajib boleh, bersukan boleh, berkhemah boleh, jadi doktor boleh, dapat bergaul dengan berbagai lapisan umur dan berbagai lagi. Bukan guru-guru yang hobi baca buku saja, asal nak buat aktiviti mesti program membaca. 

Apa-apa pun diharap dengan pemilihan guru-guru ini meningkatkan kualiti pengajaran disekolah.

 ***  Petikan dari BERNAMA ***

Syarat Minimum SPM 7A Untuk Mohon Jadi Guru

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kelonggaran minima 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.

Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment