Farid's Grill ~ HpBdy Siti Sarah

Cerita lama dan tak diberi pun nafas baru. Nuunnn hujung tahun lepas, macam lama sangat. Tapi kena tulis gak. Perjalanan makan-makan sambut birthday Siti Sarah. Tak jauh pun, kat Sungai Petani. Restoran Farid's Grill.

Dok dengaq review macam sedap ja kat sini. Apa lagi malan nie kami terjah. Bila sampai ja, layanan  memang terbaik la, dicari meja yang sesuai dengan kami enam beranak. Menu pun datang. Bila sebut Grill ja mestilah western sebab kalau masak melayu di tulis Bakar. Layan menu dulu.
DSC_6162
DSC_61622

DSC_6163
DSC_61632
Menu western
Hari ini punya spesial Lamb Shank, tertulis kat papan hijau depan restoran.
DSC_6169
Tak padan dengan kecik ~ Nur Fatini
Sementara hidangan nak sampai, buah pembuka kata diletak air kosong dengan sireh kacang salut tepung. Buat menghilangkan bosan menunggu.Tak berapa lama hidangan pun datang. Mula-mula yang datang buat gempak ialah minuman yang aku oder, jeng...jeng...jengggg..kopi ja. Nie dia apa yang datang.
DSC_6165
Jiran sebelah meja pun tengok macam tak percaya. Anak pun nak try bancuh gak.
Perghhhh... setalam bahan campuran, penuh meja. Di letak seteko kecil kopi O, susu dan gula. Jadi campur ikut sedap sendiri. Terasa layanan 5 bintang. Bila bancuh aku dapat buat 3 cawan. Lain-lain menu pun menyusul.
DSC_6171
Ini aku punya. Lamb Chop dengan black pepper.
 Kali nie walau feberet S Sarah tom yam, apa boleh buat kena oder western gak. Tak boleh makan Tom Yam banyak sangat tahun nie nak UPSR.
DSC_6173
Fish and chip dengan dua sos entah apa tak tau.. Siti Sarah punya ~ hari nie tak dak tom yam.
DSC_6176
Yang nie akau rasa chicken herb. Muhammad Ammar yang punya ~ sebut macam cerita Ahmad Albab.
DSC_6178
Chicken Chop dengan sos nenas. Isteri aku yang punya.
Si Firas ngan Fatini, kami oder french fries. Tapi depa pun cemuih nak makan benda tu. Orang lain makan macam-macam ~ kesiannnn.
DSC_6180
Cemuih makan french fries.
Isteri aku pi tengok menu apa yang tak pedas, lalu oder spaghetti seafood mushroom. Sementara nak sampai, nie dia kerja dia. Melayan kami, suap french fries kat semua orang.
DSC_6183
Selamat hari jadi kakak Sarah.
Haaa.. dah sampai pun Firas dan Fatini punya. Apa lagi dua-dua balun. Tak bubuh sos pun, makan kosong ja.
DSC_6184
Spaghetti Seafood Mushroom
Ada sedikit yang lebih kedua-dua orang tu makan, Sarah dengan Ammar pula balun. Aku pun rasa juga, seafood mushroom tu memang sedap dan banyak bahan seperti udang, sotong dan tentulah ada cendawan butang. Sarah siap kata kalau mai lagi dia nak makan spageti nie.

Firas dan fatini dah kenyang. Yang lebih nie aku, Sarah dan Ammar punya.
Keseluruhan makan kat sini sedap, persembahan hidangan pun menyelerakan. Istimewa yang tak terdapat kat restoran Western lain ialah sos yang digunakan. Kalau kat tempat lain mesti standard sos seperti sos mushroom dan black pepper tapi kat sini ada sos nanas dan apal. Boleh tahan sedap sos nie. Sedikit kekurangan ialah kuantiti hidangan yang sedikit kecil berbanding harga.

Nie dia suasana dalam restoran. Dalaman restoran di hias sederhana, meja kerusi disusun teratur dan kebersihan dijaga dengan baik, nampak tenang ja.
DSC_6159


DSC_6193
Kalau tak nak makan kat dalam, disediakan juga kerusi di kaki lima kedai dan juga diseberang jalan hadapan kedai, lebih santai.
DSC_6167
Restoran Farids Grill

Kepada yang nak datang, Restoran Farids Grill nie dibuka setiap hari dari 6 petang hingga 12 malam dan tutup hari Isnin. Lokasi di Pusat Perniagaan Zamrud, nak mudah terletak di shop lot sebelah Pasaraya Giant Sungai Petani Selatan bersebelahan Agro Bank. Lihat lokasi kat Google map kat bawah.

View Restoran Farid's Grill in a larger map


Selamat Hari Jadi Siti Sarah dan juga kepada Muhammad Ammar, Ahmad Firas dan Nur Fatini moga menjadi anak yang taat suruhan tuhan, menghormati ibu bapa dan menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat

No comments:

Post a Comment