Nasi Kandar Deen Maju Jalan Gurdwara

Tuuu dia kita kampui kedai nasi kandar yang femes kat Pulau Pinang sekali lagi. Kali ini outing dengan Siti Sarah. Hari Ahad banyak kedai yang tutup. Nak makan Nasi Kandar yang dibuka 24 jam rasa macam tak sedap. Selalunya bila outing makan-makan kena lajak ke Bayan Lepas. Disitu banyak kedai Tom Yam. Bosan juga asyik tom yam saja. Tapi kali ini ditabahkan hati untuk berpanas dan beratur untuk menikmati keistimewa nasi kandar di Deen Maju.

Kami sampai dalam jam 3 petang. Paking kereta yang berdekatan di sini amat terhad. Jadi kenalah paking di seberang jalan atau mana-mana yang ada disekitar sini. Tapi untuk makluman Majlis Perbandaran dan juga Polis selalu buat rondaan disini. Jadi berhati-hati jika meletakkan kenderaan anda. Mana tahu makan RM8 kena denda RM300, dah serupa makan di hotel anak beranak.
Deen Maju di Jalan Gurdwara.

Aku sampai sini parking sahaja di bahu jalan (bukan tempat paking). Tawakal sajalah. Dah pusing tapi tak jumpa tempat paking berdekatan ~ nak buat macam mana. Lepas tu apa lagi, ramai-ramai beraturlah. Boleh kata panjang juga sampai kebelakang kedai. Dalam dok beratur mata sesekali tengok kereta. Takut ada abang-abang penguatkuasa datang.

Beratur dah dekat nak sampai giliran tetiba sebuah Lori Polis Penarik Kereta sampai. Abang RELA yang bertugas di Deen Maju berteriak kepada pelanggan untuk ubah kereta. Tuuu dia apa lagi pesan kat isteri ambil apa yang patut. Buat pecutan 100 meter ke kereta. Ada dua tiga pelanggan yang lain pun turut menyertai acara larian ini. Alhamdulillah dapat juga sampai kegarisan penamat. Tak sempat abang polis tarik kereta. Kali ini pusing kawasan tu dan dapatlah paking di jalan belakang, Lebuh Mcnair. Jauh juga jalan kaki untuk sampai semula ke Deen Maju. Berbaloi makan masa lapar sambil penat ni.

Sampai dalam restoran anak-anak dan isteri aku dah makan hampir licin. Tunggu aku saja lagi. Ini yang aku pesan. Nasi Sotong dan telur dan kuah campur, RM 10. Gambar ini sahaja yang sempat dirakam.

Yang sedap disini bagi aku ialah ialah sotong sambal, ayam goreng dan juga kuah campur yang banjir ~ tak perlu sebut banjir, dia akan jadi banjir secara automatik. Kalau tak nak kuah banyak baru beri tahu. Kuah-kuah yang ada kebanyakan pekat tapi boleh kata kebayakan kuah tak pedas, nampak sahaja garang. Bila di gaul nasi dengan kuah campur semuanya perghhhh memang tak boleh kata apa-apa dah, memang sedap.

Disini berbagai lauk seperti ayam, udang, ikan, udang, sotong, kambing dengan masakan seperti kari, kurma, ros dan sebagainya di sediakan. Ada juga sedikit sayur seperti kubis, bendi dan timun. Disini pelayan dengan pantas mencedok kuah untuk setiap pilhan pelanggan, memang pantas. Jadi tak perlu tunggu lama walau berbaris panjang (tak lama pun dalam setengah jam juga lah)



Deen Maju terdiri dari dua buah blok kedai lama ala-ala bangunan cina. Jika lihat dihadapan restroran seperti sempit sahaja ruang makannya. Tetapi setelah masuk kedalam boleh dilihat ruang makan dibuka hingga kebelakang kedai.  Untuk memgurangkan kesesakan, disini tak ada TV tayang ASTRO dan hanya ditemani kipas sahaja. Sampai sini boleh kata semua nak menikmati makanan. Lepas makan sembang sikit-sikit dan keluar.
Tergambar keceriaan setelah dapat sepinggan.

Nasihat aku kepada yang datang sini tak perlulah booking meja sementara adik beradik yang lain beratur. Nak dapat makanan bukannya cepat, kurang-kurang kena beratur dalam 30 minit. Tabiat ini akan buat orang yang dapat makanan tidak ada tempat duduk sedangkan giliran awak untuk dapatkan makanan lambat lagi. Yang makan disini pun paling lama duduk dalam 30 minit saja. Insyaallah tempat duduk tak jadi masalah.

Deen Maju ini juga menjadi salah satu kedai Nasi Kandar yang menjadi pilihan penduduk Penang bukan sebab viral. Tak hairanlah jika rakyat Penang pun beratur sama dengan pelancong-pelancong lain. Kepada yang hendak menikmati kesedapan Nasi Kandar dibawah aku letak sedikit info. Jangan tersilap dengan Restoran Deen Nasi Kandar di Jalan Jelutong pula.

Alamat:
170, Jalan Gurdwara (Brick Kiln Road)
Pulau Pinang.

Telefon:
012-425 2421

Waktu buka:
Dibuka setiap hari jam 2.30pm - 11.00pm

GPS:
5°24'35.7"N 100°19'40.8"E
5.409918, 100.328008

Lokasi dari Google Map:

3 comments:

  1. xpernah rasa lagi. insyaAllah satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih lawat sini. Tempat yg kena sampai bila mai penang.

      Delete
  2. Tak patut sungguh petang tadi google maps tak berjaya bawak je Deen Maju job Gurdwara, takde rezeki

    ReplyDelete